COPYRIGHT INI BELOG IBU 2014



STATUS



nak honeymoon ke Jakarta plishh..

Sunday 16 March 2014

Pray For MH 370

Assalamualaikum...

 

Innalillah..

DariNYA kita datang, kepadaNYA juga kita akan kembali

SubhanAllah...

Seluruh dunia sedang meratapi kehilangan MH 370 pesawat Boeing 777-200 yang telah di laporkan hilang pada Sabtu lepas, 8 March 2014. Seramai 12 cabin crew serta 227 orang penumpang berada di dalam perjalanan ke Beijing memulakan perjalanan tepat jam 12.41am dan di ramalkan akan sampai di Beijing pada jam 6.30am.

Seluruh dunia sedang berdukacita menantikan pulangnya MH 370. Tidak kira dalam apa keadaan sekali pun, yang di harapkan MH 370 di temui bagi memberikan jawapan untuk setiap persoalan yang berada di fikiran kita semua
.

Di harapkan agar semua keluarga dan rakan-rakan mangsa terus sabar menantikan jawapan dan tabah untuk menerima sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Harapan dan doa kita semua agar MH 370 dan seramai 239 orang penumpangnya pulang dengan selamat. Berat mata melihat, berat lagi bahu yang nemikul. Kesedihan kalian sama-sama kita kongsikan tidak kira agama dan bangsa. Harapan kita adalah satu harapan yang sama. InsyaAllah, DIA pasti akan menemukan jawapan buat kita. Percaya pada janjiNYA..

Nukilan ku ikhlas buat MH 370

Bismillahirrahmanirrahim..

Bagaikan debu, hilang mu bersama angin entah kemana..
Tiada khabar, tiada berita..
Hanya penantian yang entah kan sampai bila..

Hari demi hari kami merisik khabar mu..
Satu demi satu titisan air mata kami jatuh..
Menangisi pemergian, meratapi kehilangan..
Segunung harapan, setinggi doa' kami panjatkan untukmu..
Saat menanti akan kepulangan..
Pulanglah.. pulanglah segera..
Hapuskan duka dan nestapa mereka..

Berikanlah jawapan, agar termeterai setiap tanda tanya..
Tidak kira walau apa bentuk mu..
Tidak kira walau di mana kau berada kini..
Munculkanlah.. munculkanlah diri mu..
Agar terjawab setiap persoalan..
Agar tersingkap setiap yang tersirat..

Ya Allah.. kepadaMU kami panjatkan doa'..
kepadaMU kami berharapkan petunjuk..
Sesungguhnya, setiap kejadian yang berlaku..
Di langit mahupun di bumi itu adalah atas kehendakMU..
Kami redha, Kami pasrah, Kami berserah padaMU..
Andai ia di lautan, KAU timbulkanlah..
Andai ia di langit, KAU tunjukkanlah..
Agar terjawab setiap andaian kami..
Dan terhapuslah duka mereka yang menanti..

MH370 kami menanti mu.. Pulanglah.. 


Percaya pada janji ALLAH yang satu.. Apabila di katakanNYA kun faya kun, 
maka segala persoalan akan terjawab.. usailah setiap tanda tanya..
jangan berhenti berharap, teruskan menanti.. MH370..


Wallahua'lam..
 


Friday 7 March 2014

Bertabahlah duhai teman



Assalamualaikum..

Can anyone give me an advice please...?? huhuhu..

Ya Allah, seandainya KAU titipkan ujian buat dia maka KAU tabahkanlah hatinya untuk melalui dugaan-MU.. walau di mana dia berada, aku sentiasa mendoakan agar kebaikan sentiasa bersamanya.. Amin.

Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa seolah Ms Ladybird ada masalah. Macam mana aku tahu? Aku selalu baca status whatsapp dia seolah dia meluahkan rasa sedih yang dia tak dapat nak bendung dalam hati. Tapi perlu ke aku menegur dia dan bertanyakan khabar sedangkan dia mungkin tidak pernah terdetik untuk itu.

Aku menyimpan satu perasaan ingin tahu apa yang terjadi pada Ms Ladybird ni sebenarnya. Dia merupakan anak yatim piatu dan hanya mempunyai seorang adik lelaki untuk berkongsi rasa. Betul dia tinggal bersama keluarga angkat tapi semuanya tak sama kan dari mempunyai keluarga sendiri. Yang aku yakini, dia merindui ibunya.. itu suatu yang pasti.

Aku hanya mampu melihat dari jauh. Tidak mampu untuk melakukan lebih dari itu. Aku tahu mungkin dia membenci aku walaupun sebenarnya aku lah selayaknya menyimpan perasaan itu. Tapi selama mana aku membenci, semakin aku menyayangi teman yang satu ini. Maka aku buang perasaan itu dan sentiasa mengambil tahu apa yang berada di sekeliling dia.

Apapun yang sedang di lalui olehnya, aku hanya berharap agar dia tabah melalui. Seandainya TUHAN bukakan pintu hati dia untuk menegur aku, meluahkan rasa, berkongsi cerita aku pasti menyambut baik kehadirannya. Janji ALLAH itu pasti, kalau di takdirkan dia akan terus berada di antara kami aku redha menerima. Mungkin dulu tidak namun seandainya itu akan memberi manfaat untuk semua dan membahagiakan semua pihak, tidak salah berkongsi kan. Allahurobbi...

Wassalam..

Tuesday 4 March 2014

Review pemenang GA belog ibu



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Ya Allah, asyik tergendala nak me-review pemenang GA ni..
maaf ye yang menanti jawapan tu.. huhuu.. ibu beranak lima ini sibuk dengan anak-anak yang kurang sihat dan menguruskan agent-agent dropships.. huhuhu.. mencari rezeki..

ok... macam syarat GA tu kan... peserta mesti create satu header blog untuk blog ibu..
tak kisahlah se-creative mana pun ada.. tapi pemenangnya pastilah pemilik header yang tercomel kan...

ada juga peserta yang join tapi ibu dok cari-cari header yang diorang create takde pulak...
so ibu tak boleh buat apa lah kan... memang ibu kena reject penyertaan anda.. minta maaf ye.. huhuhu..

so ibu bagitaulah pemenangnya ye..

Hadiah Utama :

di miliki oleh...  GADIS HIJABISTA



tahniahh.. tahniah...


Hadiah saguhati pula... di miliki oleh.. jeng jeng jeng..

1) CELOTEH UMI ADAM



 2) DEAR DIARY




3) DIYASESAME






Okeyyy... yang tak menang tu jangan kecil hati ye..
mesti ada yang menang dan mesti ada yang tak menang kann..

eyh... saper nak join GA dari blogshop ibu boleh join ye..
sepasang baju kurung untuk pemenang sekiranya si pemenang adalah wanita dan sepsang kain baju melayu sekiranya si pemenang adalah jejaka..

so.... para pemenang di atas.. sila PM ibu di SINI..

terima kasih semua yang sudi join...

Alhamdulillah..

Wassalam..



Wednesday 26 February 2014

Preview - Bee Movie

Assalamualaikum... 

 Tiba-tiba pulak ada segmen preview ko kann... preview-lah sangat... !!


Segmen preview hari ni aku nak preview tentang movie apa aku layan dengan anak-anak hari ni especially Danish. Bila abang-abang pergi skool, tinggallah Danish, Adik Cha dengan ibu je. Kitaorang pulak memang subscribed ASTRO beyond PVR. so bolehlah record segala movie yang kitaorang rasa nak ulang 100 juta kali. So nak di jadikan cerita, Danish ni dia suka sangat ulang movie kegemaran dia sampaikan kadang-kadang satu hari movie yang sama kami layan 2-3 kali ulang tayang. macam mana tu? INI TIDAK ADIL !!! boleh??

Hari ni kami layan BEE MOVIE. Cerita pasal lebah yang mempertahankan hak asasi lebah. Lebah yang bernama Barry ni mempertahankan hak lebah iaitu madu dan menuduh manusia telah mencuri madu dari kaum lebah. Barry membawa kes ke mahkamah menentang manusia dan dalam kes ni Barry menang dan berjaya merampas semula madu. Hasil daripada kemenangan beliau, manusia di haramkan menggunakan madu lebah secara berlebihan sama ada di dalam minuman, makanan sampingan atau kegunaan harian.

Tetapi di sebalik kemenangannya, Barry lupa yang dia sendiri sebenarnya telah melanggar keseimbangan alam. Tiada lebah yang bekerja bermakna tiada lagi pendebungaan. Dan hasilnya pokok-pokok menjadi layu, tiada lagi bungaan segar menghiasi taman-taman dan lebah sendiri kehilangan pekerjaan. Tiada penghasilan madu.

Nak tahu apa jadi lepas tu, korang layanlah sendiri movie ni. Memang best sebenarnya. Ni aku bagi korang layan gambar je lah.. jom layan..










Wassalam..

Pembedahan mata Danish - 25 April 2013

entry ini adalah sambungan dari entry INI

Assalamualaikum..

kembali menulis semula menyambung kisah tragis Danish..
kerana entry pertama malam semalam, aku berlinangan air mata tika encik suami pulang dari bekerja. Hanya pelukan hangat dan kata-kata semangat dari dia yang mampu meredakan kesengsaraan hati aku saat terkenangkan satu demi satu kejadian dan dugaan hebat yang perlu di lalui oleh Danish.

" ibu, kita dah lalui semua tu. Anak kita dah okey sekarang. Tak sakit lagi. Danish kuatkan.. sekuat semangat ibu "

Ya Allah, entah kenapa setiap kali aku compose entry untuk Danish ni air mata pasti akan bergenang. Terbayang-bayang setiap saat yang kami lalui tika itu.



Surat reference dari doc klinik 1Malaysia
 

25 April 2013 @ jam 2 ptg -  Danish warded di ward mata tingkat 4. Mengadu lapar sebab tak makan apa langsung dari pagi. Terpaksa aku sorok-sorok bagi roti sebab kesiankan anak. Minum air suam. Misi yang ada pun tak sampai hati so dia suruh aku bagi sorok-sorok. Aku peluk Danish, layan dia bermain. Doc bagitahu kemungkinan besar kalau ada katil kosong, doc nak buat procedure tu jam 5 ptg. Lagi berdebar aku rasa. Kepala ligat memikirkan keadaan anak-anak di rumah. Adik Cha lagi di tinggalkan. Macam mana ni?? Aku bincangkan dengan suami siapa yang akan menjaga Danish sepanjang Danish warded. So suami suggestkan agar aku balik dan dia yang menjaga. Sebabnya suami paham, aku tak mampu nak temankan Danish masa procedure nanti. Danish pulak mesti tak nak berenggang dengan aku. Memang ada benarnya, oleh itu aku mengalah.

Menunggu sehingga jam 5 ptg, doc datang bagitahu postpone jam 8 mlm sebab ada emergency operation kena buat dulu. Okeylah macam tu. Suami cadangkan aku bergerak balik memandangkan hari makin gelap nanti. Sayu aku rasa nak meninggalkan Danish bersama ayah. Danish tak faham apa yang bakal dia lalui. Dia hanya anak kecil berusia 3 tahun yang hanya tahu bermain- bermain - bermain sehingga tertidur kepenatan.


kata-kata semangat dari rakan-rakan fb yang tak jemu mendoakan Danish.

Ya Allah, tenangkan aku. Tabahkan hati ku. Kuatkan aku. Berat tapi terpaksa aku lalui. Ku peluk cium Danish sebelum pulang ke rumah. Danish mula menangis bila tahu aku akan tinggalkan dia. Laju aku berjalan tanpa menoleh. Tak mampu menahan leraian air mata tika itu. Suami memujuk Danish. Bawa turun ke Hospimart beli mainan. Senyaplah dia.




Aku berjalan pulang dan hanya mampu berdoa agar pembedahan Danish malam ni akan berjalan dengan lancar. Semoga ayah juga kuat dan sentiasa sabar melayani kerenah Danish di wad.
Anak-anak di rumah juga memerlukan aku. Semoga segalanya baik-baik sahaja.

Dalam jam 8.30 mlm Danish di tolak masuk ke Operation Theater ( OT ). Bateri hp suami pulak drained. Macam mana aku nak hubungi suami bertanyakan keadaan Danish. Terpaksa call staff suami di hotel minta hantarkan makanan dan charger hp. Alhamdulillah, ada staff yang sudi membantu. Syukur, pihak hotel sediakan makanan untuk suami dan Danish. Takut Danish lapar bila terjaga nanti.

Aku menunggu sehingga jam 12 malam, masih tiada khabar dari suami. Ya Allah, terlalu rumitkah procedure yang dijalankan sehingga hampir 4 jam Danish di dalam OT..?? Susah hati, badan letih tapi aku tak mengantuk. Tiba-tiba dapat sms dari suami, pembedahan berjalan lancar. Danish belom sedar tapi dah bergerak masuk dalam wad. Ya Allah, sekali lagi aku menangis tanda syukur. Tak sabarnya menanti hari esok. Ingin ketemu anak ku yang kuat.

Entah jam berapa aku terlena dalam tangisan. Sesedar jam 5 pagi suami call bagitahu Danish baru sedar dari bius. Meraung kesakitan panggil ibu. Muntah-muntah. Ya Allah, andai ibu ada sayap akan ibu terbang terus mendapatkan kamu nak.. namun apakan daya. Sabarlah sayang.. Mengalir lagi air mata ini.

26 April 2013 - Aku bangun awal masak untuk bekalan suami di wad. Tinggalkan anak-anak di rumah nenek bersama maklong. Aku bergerak seawal jam 8 pagi kerana risaukan keadaan Danish. Macam-macam yang aku fikirkan sepanjang perjalanan namun hati sangat tak sabar nak memandang wajah Danish.




Sampai di hospital, Danish sedang lena tidur. Mungkin keletihan dan lesu badan angkara ubat bius. Tenang wajah Danish tidur. Berdengkur. Aku sediakan makanan suami. Pandang muka suami dan sekali lagi air mata aku jatuh. Apakah nasib anak ku selepas ini?

...bersambung...




Tuesday 25 February 2014

Peristiwa 23 April 2013 - Danish

Assalamualaikum.. 

Tadi aku buka album timeline di fb. Tengok satu persatu gambar dalam tu. Kebanyakannya gambar anak-anak. Senyum sendiri sebab macam-macam kerenah anak-anak ada dalam tu. Sampaikan mata aku terpandang gambar Danish. Satu persatu air mata aku gugur, sedih sebak semua kembali menyelinap ke lubuk hati aku.

Hampir setahun sejak peristiwa pahit itu berlaku. Walaupun agak lama tapi kesannya di bawa sampai bila-bila. Aku tengok gambar ni. Bulat dan besar mata Danish. Antara lima anak aku, dialah yang memiliki mata bulat dan besar. Bulu mata panjang. Kening tebal. Semua ikut acuan ayah. hehehe..



Danish dan adik Cha

Kejadian 23 April 2013 hampir merampas mata kiri Danish. Masa kejadian tu berlaku, aku sibuk memasak di dapur mengejar masa sebab anak-anak nak ke sekolah agama. Kebetulan sekolah kebangsaan pagi bercuti. Danish bermain seperti biasa dengan abang-abang. Tiba-tiba Danish datang menangis peluk aku. Bila aku tanya kenapa, dia kata sakit mata. Aku check mata, tiup mata dia nampak ok. Tanya lagi siapa buat. Dia jawab, abang baling dengan pensil kaler warna hijau.
Lepas aku tiup, dia ok dan sambung main di ruang tamu. Tiada sebarang tanda atau luka pun di mata Danish yang aku notice masa tu. Langsung aku tak perasan.

Danish tak mengadu sakit atau pedih. Aktif macam biasa. Melompat sana sini. Kacau abang-abang. Esoknya bangun tidur, aku perasan mata kiri Danish merah. Macam sakit mata. Tapi aku fikir balik, kalau sakit mata mesti mata berair dan bertaik. Tapi mata Danish tak pulak. Cumenya mata dia merah. So, aku nekad bawa pergi klinik. Kebetulan blok sebelah umah aku tu ada klinik 1Malaysia. Maklumlah, rumah PPR kan. 

24 April 2013  - Aku pergi klinik, ceritakan apa yang dah jadi dengan doc. Doc terus ambil torch light dan suluh anak mata Danish. Tanpa berlengah terus keluarkan surat untuk refer Danish ke Hospital Kuala Lumpur, emergency department. Aku tersentak. Terkejut sangat. Doc kata, anak mata Danish luka. Kornea mata Danish tersiat. Doc tak pasti yang lain-lain so kena referkan Danish ke HKL dengan kadar segera untuk jumpa pakar.

Aku call suami yang sedang bekerja. Ceritakan satu persatu apa Doc cakap. Dia pun hilang kata-kata. Tapi atas urusan kerja memandangkan dia bekerja di hoteline, makanya agak sukar untuk keluar masuk sesuka hati. Aku sabarkan hati, packing satu persatu baju Danish. Layan hati sendiri dan berdoa agar hari esok baik-baik sahaja.Suami balik kerja, berlinang air mata kami memikirkan apa sebenarnya yang berlaku. Seteruk mana luka mata Danish? Apa yang akan jadi lepas ni? Apa effect-nya kemudian hari? Ya Allah, aku rasa hilang nyawa. Putus urat nadi. Dimana salah aku dalam melindungi anak-anak??

25 April 2013 - Uruskan anak-anak yang bersekolah. Hantar Adik Cha ke rumah pengasuh. Dalam jam 9 am kami bergerak ke HKL. Aku dan suami berdoa dan menyedapkan hati yang semuanya baik-baik sahaja. Dalam jam 10 am kami sampai di HKL. Kami terus ke Emergency Department dan serahkan surat reference dari Doc. Emergency Department pulak hantar kami ke Klinik Pakar Mata di bangunan baru. 


 Sarapan pagi minum milo.. huhuhu..
Dapat tengok keadaan mata kiri Danish. Kecik dan merah. 



Setiap yang berlaku pada Danish dari masa ke semasa aku update atas permintaan rakan facebook. 



Sakit tapi still layan talking tom.. my strong little boy.. hehehe..


Sampai di klinik pakar mata HKL, tingkat 4 bangunan baru. Ambil no dan buat pendaftaran. Danish seperti biasa, aktif dan talkative. Masih lagi main dan senyum seperti biasa. Mungkin bagi Danish dia tak rasa sakit. Tapi sebenarnya kita sendiri tak tahu apa yang dia rasa. Hanya dia yang tahu.

Jam 12 pm -  masih menunggu dan menunggu. 

Jam 1 pm - Tahap kesabaran dah meluap-luap meletup. Dah tak boleh di bendung dah. Aku panas hati sebab perut kami anak beranak kebuluran menunggu tiba giliran. Aku bangun dan bergegas ke kaunter. Tanya pada kaunter, apasal lama sangat? orang yang baru sampai duduk 15 minit dah masuk dulu. Kaunter suruh aku tanya doc. Aku pergi bilik doc tanya sampai bila aku nak menunggu? Dah berjam. Alasan dia bagi patient yang masuk dulu tu refer dari wad. Ada aku kesah..?? So kami tunggu sampai jam berapa??

Nampak aku naik angin, terus doc panggil kami masuk. Tak sampai 10 minit dia pegang check mata Danish, dia keluar berlari bawa file Danish ajak aku masuk bilik pakar. Aku dah berdebar. Sepatah haram doc ni tak bagitahu aku pun. Dia dok bercakap dengan doc pakar aku tak paham apa dia explained. Aku tunggu apa doc pakar nak bagitahu. Hati dah tak sedap. Jantung laju berdegup. Doc pakar panggil Danish, check mata dia. Then, doc explain yang Danish kena admit. Sebab kornea mata Danish terkoyak lebih kurang 4mm. Tersentak hati aku. Tiada sepatah kata mampu aku ucapkan. Satu persatu kata-kata doc aku dengar dengan teliti. Danish kena admit segera dan doc suruh Danish puasa sebab jam 5 ptg Danish akan menjalani emergency operation. Sebagai ibu, apa yang aku rasa saat tu?? Kelu tiada kata-kata. 

Aku keluar jumpa suami. Hanya linangan air mata yang mengalir saat tu. Macam-macam persoalan demi persoalan yang ada dalam fikiran. Doc pakar jumpa suami aku dan explain apa procedure yang diorang akan buat. Suami nampak tenang. Namun dalam hati hanya dia yang tahu. Aku bagitahu doc Danish tak makan apapun lagi. Menyusu pun tidak. Hanya satu tin air milo sahaja lebih kurang jam 10 am. Doc tak bagi Danish makan. Aku kata kesian Danish lapar. Kena puasa pulak lagi. Allah....


...bersambung..



Let bygone, Be bygone




Assalamualaikum,

Entah kan kenapa.. sesekali aku teringat tentang seorang teman lama.
Boleh di-label-kan dia sebagai salah seorang teman terbaik yang pernah aku ada.
Tapi hanya kerana satu kesilapan kecil, persahabatan murni yang terjalin kini telah tercerai.

Kadang-kadang aku terkenang setiap satu memori yang kami kongsikan bersama.
Alhamdulillah, aku tahu dia bahagia bersama seseorang yang aku yakin memang pilihan terbaik dia.
Sebagai seorang kawan aku hanya mahu mendoakan yang terbaik untuk dia. Bukan hanya sebagai kawan, tapi dalam benak hati aku dia dah aku anggap sebagai seorang adik.

Aku mengikuti perkembangan dia setiap hari. Bukan kerana aku suka nak stalker apa dia buat, apa dia update. TIDAK !! Tidak sama sekali hokeyy... tapi sejujurnya aku rindu dia sebab dialah salah seorang kawan yang selalu mendengar luahan aku, tempat aku berkongsi rasa, mengadu masalah.
pendek kata, she's always lend me her shoulder.. huhuhu..

Bagi aku setiap apa yang berlaku antara aku dengan dia sebelum ni, dah lama aku lupakan. Bukan suatu kebaikan pun untuk aku kenang dan ingat. Walaupun perkara tu dulu pernah membuatkan aku menjadi seorang pendendam sampai aku rasa aku nak membunuh dia. Tapi, aku sematkan dalam hati ' let bygone, be bygone '

Apapun, aku doakan dari kejauhan agar dia sentiasa bahagia, dijauhkan dari sebarang kecelakaan, dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat walafiat sebab aku tahu dia ada gastrik. huhuhu..

 Ms Ladybird, andai awak tahu..

Wassalam..

Monday 24 February 2014

Siapa nak Baju Kurung Modern English Cotton free, jom join GA ni..

Assalamualaikum,




SYARAT PENYERTAAN : 

1) Follow blog PRETTYCOTTONS  dan like PAGE PRETTYCOTTONS

2) Copy Banner di atas dan letakkan di sidebar anda berserta link GA.

3) Tuliskan 2 nama top referral utk join GA ni sekali.

4) Design satu template blogshop untuk PRETTYCOTTONS. Header blog akan  dijadikan cover photo di page fb prettycottons. 

5) Send gambar template yang telah anda design  ke INBOX PRETTYCOTTONS berserta nama penuh dan nama FB untuk collect LIKE terbanyak dan pemenangnya akan memenangi hadiah sagu hati.

6) Buat satu entry kenape anda mahu baju kurung modern dari english cotton free dari PRETTYCOTTONS berserta preview template yang ada design.

7) Tinggalkan link untuk kami menjejak entry anda.


HADIAH :

1) hadiah utama sepasang baju kurung modern dari kain english cottons.

2) hadiah saguhati untuk like paling banyak set makeup dari owner prettycottons.


CARA PENILAIAN :

1) Hadiah utama akan di nilai melalui entry yang peserta compose.

2) Hadiah sagu hati di nilai melalui jumlah LIKE paling banyak di page PRETTYCOTTONS.


Good luck !!



Bertumbuk tu cara budak ke??

Assalamualaikum,

Maaf ini ENTRY menyakitkan hati aku..

Bukan apa, asyik aku pikir jer benda ni.. makin aku pikir makin aku rasa sakit hati..
eyh..?? hahaha...

Macam ni, anak aku balik main bola dengan jalan hencang hencut pastu muka da masam lebih dari kemasaman cuka. so aku tanyalah, kenapa..?? Diam tak menjawab.

Tanya sekali lagi, kenapa Taufiq..? Anak sulung aku ni 10 tahun, Muhammad Taufiq namanya. Memang sangat aktif, talkative, kaki bola sampai berbiji-biji bola bawah meja dia simpan. Asalkan terjumpa bola bersepah, dia kutip dan pam. Nak kata takde bola sendiri dah di belikan. Tapi jawapan dia bila di tanya, sayang bola tu dalam longkang tak bertuan. Baikklahh.. !!

Nak di jadikan cerita,bila aku tanya kenapa muka macam tu? Dia start menangis. Mulalah perbualan kami seperti di bawah ni :

Ibu : Kenapa muka Afiq masam jer? Dah kenapa?

 senyap tak menjawab..

Ibu : ibu tanya kenapa tak berjawab?

Anak : kan ibu dah pesan, kalau balik bergaduh jangan bagitahu ibu.
            Ada budak pukul tadi kat bawah block. Haiqal ( anak jiran ) pun nampak.
         
Ibu : Dia buat apa?

Anak : Dia tumbuk belakang kepala pastu sepak kat belakang, peha ngan tumbuk lengan.

Ibu : Kenapa tak melawan?

Anak : Dia duduk atas badan Afiq tekan kepala kat lantai macam mana nak bangun.

Ibu : Anak sapa? Duduk mana?

Anak : Tingkat 3. 

Bila di selak baju berbekas sikitlah. Lengan pulak ada lebam sikit. Aku malas nak snap pic sebab kalau si ayah nampak kes akan jadi lagi besar memandangkan si ayah ni pantang orang bantai anak dia.

Jadinya, aku ajak anak tunjukkan rumah budak yang memukul tu selepas misi menjejaki beliau tidak tercapai. Ketuk pintu umah, bagi salam dan jumpalah dengan maknya. Aku bercakap dengan mak dia, tanyakan lokasi anak dan ceritakan situasi. Aku hanya meminta si mak bertanyakan si anak apa yang jadi dan sekali gus nasihatkan si anak. BUKAN nak kata anak aku baik, sempurna ke apa tapi sekadar mengingatkan yang BERTUMBUK BUKAN CARA BUDAK 10 TAHUN BERGADUH.

Aku pesan lagi, tak nak perkara macam ni jadi besar. Jangan kerana anak-anak, mak ayah bergaduh pulak. Mak dia pun akan nasihatkan si budak ni lah dan tanya apa yang jadi.

Setakat gaduh mulut itu perkara biasa. Aku pun tak suka nak ikut campur hal anak-anak bergaduh. Tapi kalau dah sampai berlebam anak aku, tak kan nak aku biarkan. Lama-lama bertikam pulak jadinya. Budak sekarang kan extreme. Dah banyak kes jadikan. Sebelum benda buruk jadi, baiklah di elakkan.

Wallahua'lam.


Saturday 22 February 2014

Ibu 1st GIVEAWAY

Assalamualaikum...

Hai semua bloggers seantero Malaysia.. hehehehe..

Ibu sangatlah suke hatinya hari ni..
nak buat GIVEAWAY.. hikhikhik..

tak mau cakap banyak dahh..
straight to the pointer sajalah k...



GIVEAWAY BANNER





TUJUAN

Giveaway adalah bertujuan untuk meramaikan follower untuk blog ibu ni.. tahulah bila dah lama tak berblog ni, buat pulak blog baru.. memang merangkaklah... so salah satu caranya buat giveaway untuk tarik follower.

MEREKA YANG LAYAK IKUT SERTA

Mereka yang layak ikut serta adalah mereka-mereka yang nak hadiah free, yang suke join contest atau yang memang banyak masa free takde apa nak buat. Wanita atau lelaki tidak kira usia. 

SYARAT UTAMA 

1) Wajib FOLLOW blog tak seberape ni.. dah namanya nak meramaikan follower kan. so itu syarat wajib.

2) Wajib copy banner di atas.

3) Wajib suggestkan 3 orang teman blogger untuk ikut sama giveaway ibu ni.


APA YANG IBU NAK SURUH BUAT SEBENARNYA..??


Sebenarnya ibu nak anda designkan satu header yang comel dan kiut miut untuk blog ibu ni. Tak kisahlah se-kreatif mana pun anda buat mengikut kreativiti anda sendiri. 

Theme-nya haruslah mengenai 'IBU BERANAK 5 YANG STAY AT HOME WHILE RUNNING HER OWN BISZ ONLINE'.

Nak buat doodle pun boleh.. nak buat mcm mana yang anda suke pun ibu tak kisah. 


HADIAHNYA

Hadiah utama English Cotton Gred AAA 100% good quality seperti gambar di bawah bernilai RM85.





Hadiah kedua adalah set Lotion dan Scrub seperti di bawah bernilai RM50.




 END DATE

Giveaway ibu ni start hari ni 23 Feb 2014 - 2 March 2014 selama seminggu.


Jadinya, tak mau cakap banyak dah.. jom join ramai-ramai..


k bai..




Thursday 20 February 2014

What to say..?? Nothing..

Assalamualaikum,

hurmm.. inilah bila jadi dropshipper kan..
memang payah dan walau pahit macam mana pun kena jugak telan..






Aku juga buat program dropship ni untuk agent-agent aku.. sebabkan aku ambik barang secara borong direct dari owner, so bila ada order sepasang dua pasang, aku akan ambik dari akak ni jer..
tapi bagi aku treat agent ni sama macam kita treat customers. Tracking no tu penting untuk kita check status parcel. Kalau aku bagitahu agent barang dah post tapi tracking takde, agent akan kata aku apa? MENIPU.. !!

Orang ni kebiasaannya akan berfikir negative daripada suka berfikiran positive. Bila jadi macam ni, aku rasa macam stoplah kot jadi agent dia ni.. apa salahnya pas tulis slip tu terus snap pic dan whatsapp aku.. agent-agent dia aku tak tahulah manage macam mana dengan dia ni.. huhuhu..

New life 2014

Assalamualaikum..

yeayy.. mood ber-blogging kembali semula.. Ya Allah, dah lama menyepi dari dunia blogging ni lah..
blog lama pun dah tak ingat apa password-nya.. huhuhu..

Tergatal tangan create new blog.. INI BELOG IBU.. InsyaAllah, ni lah saluran tempat ibu meluahkan rasa, berkongsi cerita, menaip kisah ahit manis kehidupan sebagai seorang ibu. Ibu beranak lima.. kuikuikui...

2014.. tahun baru InsyaAllah membawa 1001 cerita dan kisah baru.. yang pastinya, antaranya adalah ini..





Apa ni..?? owh... I AM A SHAKLEE DISTRIBUTOR.. so saper-saper nak cuba-cuba supplement shaklee ni boleh la intai-intai blog saya yer..

Dan... satu lagi. untuk cotton lovers.. sukakan English Cotton Gred AAA 100% good quality..?? kain tak panas, lembut, corak dan design menarik.. tak percaya..? boleh singgah blogshop saya..





**PRETTYCOTTONS**


So luangkan masa anda untuk singgah dengan tengok koleksi kami yer.. ada juga pelbagai baju kurung modern ready made yag memang cantik dan pastinya akan memuaskan hati anda..

Wassalam..