COPYRIGHT INI BELOG IBU 2014



STATUS



nak honeymoon ke Jakarta plishh..

Wednesday 26 February 2014

Pembedahan mata Danish - 25 April 2013

entry ini adalah sambungan dari entry INI

Assalamualaikum..

kembali menulis semula menyambung kisah tragis Danish..
kerana entry pertama malam semalam, aku berlinangan air mata tika encik suami pulang dari bekerja. Hanya pelukan hangat dan kata-kata semangat dari dia yang mampu meredakan kesengsaraan hati aku saat terkenangkan satu demi satu kejadian dan dugaan hebat yang perlu di lalui oleh Danish.

" ibu, kita dah lalui semua tu. Anak kita dah okey sekarang. Tak sakit lagi. Danish kuatkan.. sekuat semangat ibu "

Ya Allah, entah kenapa setiap kali aku compose entry untuk Danish ni air mata pasti akan bergenang. Terbayang-bayang setiap saat yang kami lalui tika itu.



Surat reference dari doc klinik 1Malaysia
 

25 April 2013 @ jam 2 ptg -  Danish warded di ward mata tingkat 4. Mengadu lapar sebab tak makan apa langsung dari pagi. Terpaksa aku sorok-sorok bagi roti sebab kesiankan anak. Minum air suam. Misi yang ada pun tak sampai hati so dia suruh aku bagi sorok-sorok. Aku peluk Danish, layan dia bermain. Doc bagitahu kemungkinan besar kalau ada katil kosong, doc nak buat procedure tu jam 5 ptg. Lagi berdebar aku rasa. Kepala ligat memikirkan keadaan anak-anak di rumah. Adik Cha lagi di tinggalkan. Macam mana ni?? Aku bincangkan dengan suami siapa yang akan menjaga Danish sepanjang Danish warded. So suami suggestkan agar aku balik dan dia yang menjaga. Sebabnya suami paham, aku tak mampu nak temankan Danish masa procedure nanti. Danish pulak mesti tak nak berenggang dengan aku. Memang ada benarnya, oleh itu aku mengalah.

Menunggu sehingga jam 5 ptg, doc datang bagitahu postpone jam 8 mlm sebab ada emergency operation kena buat dulu. Okeylah macam tu. Suami cadangkan aku bergerak balik memandangkan hari makin gelap nanti. Sayu aku rasa nak meninggalkan Danish bersama ayah. Danish tak faham apa yang bakal dia lalui. Dia hanya anak kecil berusia 3 tahun yang hanya tahu bermain- bermain - bermain sehingga tertidur kepenatan.


kata-kata semangat dari rakan-rakan fb yang tak jemu mendoakan Danish.

Ya Allah, tenangkan aku. Tabahkan hati ku. Kuatkan aku. Berat tapi terpaksa aku lalui. Ku peluk cium Danish sebelum pulang ke rumah. Danish mula menangis bila tahu aku akan tinggalkan dia. Laju aku berjalan tanpa menoleh. Tak mampu menahan leraian air mata tika itu. Suami memujuk Danish. Bawa turun ke Hospimart beli mainan. Senyaplah dia.




Aku berjalan pulang dan hanya mampu berdoa agar pembedahan Danish malam ni akan berjalan dengan lancar. Semoga ayah juga kuat dan sentiasa sabar melayani kerenah Danish di wad.
Anak-anak di rumah juga memerlukan aku. Semoga segalanya baik-baik sahaja.

Dalam jam 8.30 mlm Danish di tolak masuk ke Operation Theater ( OT ). Bateri hp suami pulak drained. Macam mana aku nak hubungi suami bertanyakan keadaan Danish. Terpaksa call staff suami di hotel minta hantarkan makanan dan charger hp. Alhamdulillah, ada staff yang sudi membantu. Syukur, pihak hotel sediakan makanan untuk suami dan Danish. Takut Danish lapar bila terjaga nanti.

Aku menunggu sehingga jam 12 malam, masih tiada khabar dari suami. Ya Allah, terlalu rumitkah procedure yang dijalankan sehingga hampir 4 jam Danish di dalam OT..?? Susah hati, badan letih tapi aku tak mengantuk. Tiba-tiba dapat sms dari suami, pembedahan berjalan lancar. Danish belom sedar tapi dah bergerak masuk dalam wad. Ya Allah, sekali lagi aku menangis tanda syukur. Tak sabarnya menanti hari esok. Ingin ketemu anak ku yang kuat.

Entah jam berapa aku terlena dalam tangisan. Sesedar jam 5 pagi suami call bagitahu Danish baru sedar dari bius. Meraung kesakitan panggil ibu. Muntah-muntah. Ya Allah, andai ibu ada sayap akan ibu terbang terus mendapatkan kamu nak.. namun apakan daya. Sabarlah sayang.. Mengalir lagi air mata ini.

26 April 2013 - Aku bangun awal masak untuk bekalan suami di wad. Tinggalkan anak-anak di rumah nenek bersama maklong. Aku bergerak seawal jam 8 pagi kerana risaukan keadaan Danish. Macam-macam yang aku fikirkan sepanjang perjalanan namun hati sangat tak sabar nak memandang wajah Danish.




Sampai di hospital, Danish sedang lena tidur. Mungkin keletihan dan lesu badan angkara ubat bius. Tenang wajah Danish tidur. Berdengkur. Aku sediakan makanan suami. Pandang muka suami dan sekali lagi air mata aku jatuh. Apakah nasib anak ku selepas ini?

...bersambung...




No comments:

Post a Comment