COPYRIGHT INI BELOG IBU 2014



STATUS



nak honeymoon ke Jakarta plishh..

Tuesday 25 February 2014

Peristiwa 23 April 2013 - Danish

Assalamualaikum.. 

Tadi aku buka album timeline di fb. Tengok satu persatu gambar dalam tu. Kebanyakannya gambar anak-anak. Senyum sendiri sebab macam-macam kerenah anak-anak ada dalam tu. Sampaikan mata aku terpandang gambar Danish. Satu persatu air mata aku gugur, sedih sebak semua kembali menyelinap ke lubuk hati aku.

Hampir setahun sejak peristiwa pahit itu berlaku. Walaupun agak lama tapi kesannya di bawa sampai bila-bila. Aku tengok gambar ni. Bulat dan besar mata Danish. Antara lima anak aku, dialah yang memiliki mata bulat dan besar. Bulu mata panjang. Kening tebal. Semua ikut acuan ayah. hehehe..



Danish dan adik Cha

Kejadian 23 April 2013 hampir merampas mata kiri Danish. Masa kejadian tu berlaku, aku sibuk memasak di dapur mengejar masa sebab anak-anak nak ke sekolah agama. Kebetulan sekolah kebangsaan pagi bercuti. Danish bermain seperti biasa dengan abang-abang. Tiba-tiba Danish datang menangis peluk aku. Bila aku tanya kenapa, dia kata sakit mata. Aku check mata, tiup mata dia nampak ok. Tanya lagi siapa buat. Dia jawab, abang baling dengan pensil kaler warna hijau.
Lepas aku tiup, dia ok dan sambung main di ruang tamu. Tiada sebarang tanda atau luka pun di mata Danish yang aku notice masa tu. Langsung aku tak perasan.

Danish tak mengadu sakit atau pedih. Aktif macam biasa. Melompat sana sini. Kacau abang-abang. Esoknya bangun tidur, aku perasan mata kiri Danish merah. Macam sakit mata. Tapi aku fikir balik, kalau sakit mata mesti mata berair dan bertaik. Tapi mata Danish tak pulak. Cumenya mata dia merah. So, aku nekad bawa pergi klinik. Kebetulan blok sebelah umah aku tu ada klinik 1Malaysia. Maklumlah, rumah PPR kan. 

24 April 2013  - Aku pergi klinik, ceritakan apa yang dah jadi dengan doc. Doc terus ambil torch light dan suluh anak mata Danish. Tanpa berlengah terus keluarkan surat untuk refer Danish ke Hospital Kuala Lumpur, emergency department. Aku tersentak. Terkejut sangat. Doc kata, anak mata Danish luka. Kornea mata Danish tersiat. Doc tak pasti yang lain-lain so kena referkan Danish ke HKL dengan kadar segera untuk jumpa pakar.

Aku call suami yang sedang bekerja. Ceritakan satu persatu apa Doc cakap. Dia pun hilang kata-kata. Tapi atas urusan kerja memandangkan dia bekerja di hoteline, makanya agak sukar untuk keluar masuk sesuka hati. Aku sabarkan hati, packing satu persatu baju Danish. Layan hati sendiri dan berdoa agar hari esok baik-baik sahaja.Suami balik kerja, berlinang air mata kami memikirkan apa sebenarnya yang berlaku. Seteruk mana luka mata Danish? Apa yang akan jadi lepas ni? Apa effect-nya kemudian hari? Ya Allah, aku rasa hilang nyawa. Putus urat nadi. Dimana salah aku dalam melindungi anak-anak??

25 April 2013 - Uruskan anak-anak yang bersekolah. Hantar Adik Cha ke rumah pengasuh. Dalam jam 9 am kami bergerak ke HKL. Aku dan suami berdoa dan menyedapkan hati yang semuanya baik-baik sahaja. Dalam jam 10 am kami sampai di HKL. Kami terus ke Emergency Department dan serahkan surat reference dari Doc. Emergency Department pulak hantar kami ke Klinik Pakar Mata di bangunan baru. 


 Sarapan pagi minum milo.. huhuhu..
Dapat tengok keadaan mata kiri Danish. Kecik dan merah. 



Setiap yang berlaku pada Danish dari masa ke semasa aku update atas permintaan rakan facebook. 



Sakit tapi still layan talking tom.. my strong little boy.. hehehe..


Sampai di klinik pakar mata HKL, tingkat 4 bangunan baru. Ambil no dan buat pendaftaran. Danish seperti biasa, aktif dan talkative. Masih lagi main dan senyum seperti biasa. Mungkin bagi Danish dia tak rasa sakit. Tapi sebenarnya kita sendiri tak tahu apa yang dia rasa. Hanya dia yang tahu.

Jam 12 pm -  masih menunggu dan menunggu. 

Jam 1 pm - Tahap kesabaran dah meluap-luap meletup. Dah tak boleh di bendung dah. Aku panas hati sebab perut kami anak beranak kebuluran menunggu tiba giliran. Aku bangun dan bergegas ke kaunter. Tanya pada kaunter, apasal lama sangat? orang yang baru sampai duduk 15 minit dah masuk dulu. Kaunter suruh aku tanya doc. Aku pergi bilik doc tanya sampai bila aku nak menunggu? Dah berjam. Alasan dia bagi patient yang masuk dulu tu refer dari wad. Ada aku kesah..?? So kami tunggu sampai jam berapa??

Nampak aku naik angin, terus doc panggil kami masuk. Tak sampai 10 minit dia pegang check mata Danish, dia keluar berlari bawa file Danish ajak aku masuk bilik pakar. Aku dah berdebar. Sepatah haram doc ni tak bagitahu aku pun. Dia dok bercakap dengan doc pakar aku tak paham apa dia explained. Aku tunggu apa doc pakar nak bagitahu. Hati dah tak sedap. Jantung laju berdegup. Doc pakar panggil Danish, check mata dia. Then, doc explain yang Danish kena admit. Sebab kornea mata Danish terkoyak lebih kurang 4mm. Tersentak hati aku. Tiada sepatah kata mampu aku ucapkan. Satu persatu kata-kata doc aku dengar dengan teliti. Danish kena admit segera dan doc suruh Danish puasa sebab jam 5 ptg Danish akan menjalani emergency operation. Sebagai ibu, apa yang aku rasa saat tu?? Kelu tiada kata-kata. 

Aku keluar jumpa suami. Hanya linangan air mata yang mengalir saat tu. Macam-macam persoalan demi persoalan yang ada dalam fikiran. Doc pakar jumpa suami aku dan explain apa procedure yang diorang akan buat. Suami nampak tenang. Namun dalam hati hanya dia yang tahu. Aku bagitahu doc Danish tak makan apapun lagi. Menyusu pun tidak. Hanya satu tin air milo sahaja lebih kurang jam 10 am. Doc tak bagi Danish makan. Aku kata kesian Danish lapar. Kena puasa pulak lagi. Allah....


...bersambung..



2 comments:

  1. subhannallah..bertabahlah rose..lya faham sgt perasaan rose.. sbb itu jugak perasaan y lya alami.. moga danish terus tabah n harap dia semakin OK skarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah Lya, so far dia ok jer.. cume kita tak pasti sampai bila kanta baru tu boleh bertahan. Sebab apa rose dgr kanta palsu pun ada expired n kalau ank mata membesar, dia pun membesar sama. Tapi x pastilah..

      Delete